LAMAN WEB MUSLIMAT CAWANGAN BANDAR KAJANG

BERITA AHLI DAN PARTI

SETIAUSAHA MUSLIMAT BANDAR KAJANG MASUK HOSPITAL

Bandar Kajang, Selasa,26 Nov. 2002 - Puan Hjh Hamidah bt Jaafar, Setiausaha Muslimat Cawangan Bandar Kajang telah dimasukkan ke wad Hospital Daerah Hulu Langat, Kajang. Beliau disyaki mengidap demam denggi. Demikian menurut Ketua Muslimat Bandar Kajang, Pn Hjh Siti Rahmah bt Hj Idris," Marilah sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh."

 

MAJLIS PERKAHWINAN

Ustazah Hjh Rabiah bt Md Aris, Naqibah merangkap Bendahari Muslimat Cawangan Bandar Kajang akan mengadakan kenduri kahwin anak lelaki beliau, Muhammad Anwar b. Hj Ramli pada hari Sabtu, 14 Disember 2002 bertempat di rumah No. 26, Taman Sri Antan, Jalan Sungai Kantan, Kajang.

 

SAMBUTAN AIDILFITRI KAWASAN HULU LANGAT

Bertempat di Pejabat ADUN Bandar Kajang, Bandar Baru Bangi pada hari Ahad, 15 Disember 2002 bermula jam 10.00 pagi akan diadakan Sambutan Aidilfitri. Tetamu Utama pada hari tersebut adalah YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim, insyaAllah akan hadir. YB Dr Shafie Abu Bakar menjemput semua pimpinan, ahli di semua peringkat dan orang ramai hadir pada sambutan tersebut.

SAMBUTAN AIDILFITRI PAS PUSAT

TARIKH : AHAD, 22 DISEMBER 2002

TEMPAT : MARKAZ TARBIYYAH PAS PUSAT TAMAN MELEWAR

MASA : 2.00 - 5.00 PETANG

SEMUA PIMPINAN, AHLI, DAN RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

YAB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang, Pemangku Presiden PAS bersalaman dengan seorang kanak-kanak yang ikut serta bersama ayahnya pada Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Pusat di Taman Melewar.

AL FATIHAH

ALLAHYARHAMAH SAMSIAH, ISTERI KEPADA SDR JAMIL B. SARING, SEORANG AKTIVIS PAS DI TAMAN DELIMA, KAJANG DAN UNIT AMAL PERINGKAT NEGERI DAN PUSAT  TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA JAM 9.15 P.M. DI HOSPITAL DAERAH HULU LANGAT, KAJANG PADA 11 FEBRUARI 2003 KELMARIN. SEMOGA ALLAH AZZAWAJALLA  MENEMPATKAN ALLAHYARHAMAH BERSAMA-SAMA PARA SYUHADA DAN SOLIHIN. AMIIN.

 

Tiga orang anak Ustazah Norsanggadah, Ketua Muslimat Bandar Kajang telah ditimpa sakit. Dua orang mendapat demam campak dan seorang mengidap demam panas. Anak beliau yang mendapat demam panas itu telah ditahan di wad Hospital Daerah, Kajang pada 15 April 2003. Alhamdulillah, pada 21 April 2003 telah keluar wad dan beransur sihat.

Pn Norah bt Abdul Aziz telah dimasukkan ke wad Hospital Daerah, Kajang pada 25 April 2003 lalu. Demikian menurut Pn Hjh Rahmah bt Hj Idris. Puan Norah berada di Wad Perempuan, Tingkat 2 hospital tersebut. Alhamdulillah, beliau telah keluar hospital lima hari kemudian.

KAJANG, 9 Ogos 2003-Kepada semua ahli PAS Bandar Kajang, khususnya kaum muslimat marilah kita sama-sama doakan agar Allah s.w.t. memberikan kesihatan dan keselamatan kepada kita semua. Untuk makluman kita semua bahawa Ustazah Rabiah bt Md Aris sekarang ini berada di dalam keadaan uzur kerana kakinya terseliuh dan bersimen. Sementara itu anak lelaki beliau baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian perut dan keadaannya belumlah lagi pulih sepenuhnya. Satu pembedahan lagi akan dilakukan di HUKM pada 28 Ogos 2003 akan datang. Semoga Allah s.w.t. memberikan pertolongan dan perlindungan terhadapnya.

HAJI ZAINAL ABIDIN HAJI MOHD NOOR & HAJJAH SITI RAHMAH HAJI IDRIS akan mengadakan Majlis perkahwinan anak lelaki sulung mereka, SHAHRIZAL AZRIN HJ ZAINAL ABIDIN  dengan AMILIAH MOHD AMIR pada hari Khamis, 22 Januari 2004/29 Zulqaidah 1424 di kediaman mereka:

No. 14,Jalan Tan Sri Abdul Aziz, Sungai Kantan, Kajang.

ATURCARA MAJLIS: 11.00 AM - 3.00 PM - JAMUAN

 

Cheras,Ahad,28 Disember - Tuan Hj Anas bin Sulaiman, veteran PAS Hulu Langat telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.00 pagi ini. Allahyarham dikenali juga dengan nama Hj Alias @ Hj Amat. Allahyarham mengidap penyakit angin ahmar. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Cheras pagi ini. Ramai sanak saudara dan ahli jemaah PAS yang hadir. Allahyarham merupakan bekas calon PAS di Dengkil dan Dusun Tua (1986). Allahyarham juga telah menjawat berbagai jawatan di dalam jemaah PAS sebagai YDP dan Setiausaha PAS Kawasan selama Allahyarham aktif di dalam PAS. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama dengan roh para syuhada' dan solehin. Amin YaRabbal'alamin. Al Fatihah.

 

BERITA TERKINI AHLI PAS BANDAR KAJANG :

Jumaat, 6 Januari 2006, anak perempuan Sdr Abdul Ghani bin Salleh telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit saraf. Allahyarmah dalam usia  23 tahun  telah menyahut seruan Illahi dan jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan orang Islam Sungai Kantan selepas solat Asar. Allahyarmah bekerja sebagai guru agama di SRA Sungai Kantan. Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang soleh dan para syuhada. Al Fatihah.

Ahad, 19 Mac 2006 - Tn Hj Razali bin Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat telah merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Bandar Kajang kali ke-20 bertempat di PASTI Taman Kajang Mewah. Menurut beliau Kawasan Hulu Langat merupakan kawasan yang terbanyak sekali bilangan Cawangan iaitu sebanyak 56 buah. Tetapi sekarang setelah dijalankan kajiselidik didapati hanya sebanyak 20 buah cawangan sahaja yang aktif. Beliau berharap Cawangan Bandar Kajang yang merupakan Cawangan terawal ditubuhkan selain Cawangan Batu 9 akan terus bangkit berjuang sementelahan pula kemungkinan PR ke-12 akan diadakan pada tahun 2007 atau selewat-lewatnya tahun 2008.

MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT

AHAD, 26 MAC 2006 DI NEW ERA COLLEGE, JALAN BUKIT, KAJANG.

SEMUA PERWAKILAN, AHLI DAN PENYOKONG DIJEMPUT HADIR

DIRASMIKAN OLEH

YGBHG SDR ROSLAN SHAHIR BIN DATO' MOHD SHAHIR

KETUA PENERANGAN BPPNS

ANAK PENGERUSI TETAP PAS CAWANGAN BANDAR KAJANG MENINGGAL DUNIA KERANA KEMALANGAN

22APRIL,2006 - Khairus Sa'adduddin bin Said, 21 tahun telah meninggal dunia di wad Neuro Hospital Besar Kuala Lumpur kerana sehari sebelum itu pada petang Jumaat Allahyarham mendapat kemalangan jalan raya yang mana motosikal yang ditunggangnya telah bertembung dengan sebuah kereta Mercedez Benz di hadapan Taman Dusun Nanding, Hulu Langat. Pada mulanya orang-orang yang membantu telah membawanya ke Pusat Kesihatan Batu 14, Hulu Langat. Dari situ Allahyarham telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Kajang. Kecederaannya yang serius maka Allahyarham telah dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Daripada pemeriksaan doktor didapati tengkorak kepalanya telah retak dan kaki kirinya pula telah patah. Menurut doktor yang melakukan pembedahan ke atas Allahyarham sememangnya harapan begitu tipis dapat diselamatkan.

Allahyarham baharu sahaja menamatkan kursus pendawaian elektrik domestik dengan mendapat keputusan 'Pelajar Terbaik' di Pusat Giatmara Jelebu, Negeri Sembilan pada tahun lepas. Allahyarham juga telah mendapat kerja dengan Syarikat Pembinaan Proephel di Bukit Kemuning, Shah Alam dan dijangka mula bekerja pada 2 Mei 2006. Tetapi rezekinya sudah tiada dan Allah lebih menyayanginya telah terlebih dahulu menjemputnya ke sisiNya. Menurut ayah Allahyarham Sdr Said Musa yang juga Pengerusi Tetap PAS Cawangan Bandar Kajang setelah menamatkan pelajaran sekolah rendahnya, beliau telah dihantar belajar tahfiz Al Quran di Darul Furqan, Padang Balang, Gombak dan berguru dengan Ustaz Salleh Sani Al Hafiz. 

Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Perdek, Hulu Langat pada tengah hari hari Ahad. Ramai sanak-saudara dan rakan handai yang telah datang menziarahinya.  Semoga Allah mencucuri rohnya dan menempatkannya bersama-sama roh-roh para syuhada dan solehin. Al Fatihah.

Kali terakhir Allahyarham sempat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Bandar Kajang yang dipengerusikan oleh ayahnya pada 19 Mac 2006 lalu.

  

majlis sambutan maulidurasul s.a.w. pas  cawangan bandar kajang pada hari ahad, 30 april 2006 bertempat di pasti cawangan taman kajang mewah, kajang : 9.00 malam - semua ahli ,pendokong serta penyokong pas dijemput hadir. penceramah jemputan us mohd gunawan ab aziz, jpm,putrajaya

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN HULU LANGAT KALI KE-22

AHAD : 14 MEI 2006 / 16 RABIUL AKHIR 1427 - 9.00 pagi

DEWAN NEW ERA COLLEGE,DONG XIAU XONG JALAN BUKIT, KAJANG

PERASMIAN OLEH YB DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG

PRESIDEN PAS MALAYSIA

SEMUA AHLI DAN PENYOKONG DI JEMPUT HADIR

 

JEMPUTAN KENDURI PERKAHWINAN

SDR AB GHANI BIN SALEH DAN PN NURAH BT ABD AZIZ

AHAD, 4 JUN 2006 / 7 JAMADILAWAL 1427

DI NO 29, JALAN 6, TAMAN SRI KANTAN

43000 KAJANG

ATURCARA MAJLIS : JAMUAN MAKAN -12.00 T. HARI - 5.00 PETANG

TURUT MENGUNDANG: SEISI KELUARGA

 

SELAMAT BERMUKTAMAR PAS PUSAT KALI KE-52

 KEPADA SEMUA PIMPINAN DAN PARA PERWAKILAN SELURUH MALYSIA

7 - 9 JUN 2006 DI KOTA SARANG SEMUT, KEDAH DARUL AMAN.

 

25 Jun, 2006 - Bertempat di rumah Tn Hj Zainal AbidinMohd Nor telah diadakan sambutan Hari Keluarga PAsCawangan Bandar Kajang. Acara bermula di sebelah pagi hingga waktu tengahari. Di antara acara-acara yang dijalankan adalah bermain ping pong sesama ahli dan anak-anak ahli. Johan bagi orang dewasa disandang oleh Tn Hj Zainal. Sementara Naib Johannya disandang oleh Sdr Ahmad Sulaiman. Bagi muslimat pula telah diadakan acara mencari benda. Pemenangnya adalah di tempat yang pertama  Pn Hamidah, Kedua Ustazah Najihah dan yang ketiga Ustazah Norsanggadah. Hari Keluarga seumpama ini telah dapat menjalin ukhuwwah di kalangan ahli dan anak-anak ahli. Pada masa akan datang sambutan Hari Keluarga ini akan diadakan di Port Dickson dengan bermalam di hotel di sana.

 

MESYUARAT AGUNG KOHILAL KAWASAN  SELANGOR: SABTU 8 JULAI 2006  JAM 9.00 PAGI DI MARKAZ PAS PUSAT TAMAN MELEWAR

DIHADIRI OLEH HJH SA'ADAH HJ SIRAT,PENTADBIR DARI JABATAN KOPERASI MALAYSIA

KEHADIRAN HANYA SEKITAR 50 ORANG MAKA MESYUARAT TERSEBUT TIDAK CUKUP KORUM. SATU MEYUARAT LAIN AKAN DIPANGGIL SEKALI LAGI PADA TARIKH YANG BELUM DITETAPKAN LAGI.

YGBHG DATO' DR HASSAN ALI - PESURUHJAYA PAS SELANGOR YGBHG DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN - PESURUHJAYA PAS PAHANG YGBHG DR BADRUL AMIN BAHARON - AHLI MAJLIS TERTINGGI PKR
JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA PIMPINAN PAS & KEADILAN

AHAD, 9 JULAI 2006 JAM 9.00 MALAM DI SUNGAI MICHU, HULU LANGAT