LAMAN WEB MUSLIMAT CAWANGAN BANDAR KAJANG

(MULA DIBINA PADA 16 JAMADIL AKHIR 1423/ 25 OGOS 2002)
BERSAMA PIMPINAN
SAMBUTAN RAYA DI SANA SINI 1423H/2003M

YB Dato' Ismail Kamus,ADUN Gombak Setia merangkap AJK  DUPP sedang menyampaikan tazkirah kepada para hadirin yang menghadiri perjumpaan raya di Surau Taman Sri Raya,Cheras. Penduduk Taman Sri Raya dan sekitarnya sedang mengambil juadah raya yang disediakan oleh JK Peti Undi Cheras Utara. Tn Hj Razali Hasan, Ketua PAS Cawangan Batu 10, sedang melayani YB Dato' dalam perjumpaan dan jamuan raya di Surau Taman Sri Raya. Turut sama hadir, YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bandar Kajang, Dr Hamirdin Ithnin,YDP PAS Kawasan Hulu Langat, dan Sdr Khairuddin, Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat sedang menikmati juadah raya bersama-sama JK Cawangan Taman Sri Raya.

Sambutan Raya peringkat DUN Dusun Tua di Markaz PAS Taman Sri Nanding. Kelihatan YDP PAS Kawasan Hulu Langat, Dr Hamirdin Ithnin sedang mendengar sesuatu daripada hadirin yang hadir sambil diperhatikan oleh Sdr Ramli Yunan, Cikgu Fadzil (membelakang) dan lain-lain. Para hadirin yang hadir menjamu selera dengan jamuan yang disediakan oleh urusetia MTD Dusun Tua. Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat menyampaikan ucapan pada perjumpaan raya PAS Kawasan Ampang Jaya. Dr Hatta Ramli bersama-sama para hadirian yang hadir mengambil makanan yang disediakan oleh PAS Kawasan Ampang

Senator Hustaz Hassan Shukri menyembelih lembu korban di Taman Melewar. Tuan Guru Hj Abdul Hadi menyembelih lembu korban di perkarangan rumah beliau di Kg Rusila sempena Hari Raya  Haji tahun 1426 lalu. Presiden PAS bersedia untuk menyembelih korban daripada 24 ekor kerbau/lembu di kawasan beliau di DUN Rhu Rendang sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini (2005). 
SAMBUTAN RAYA DI SANA SINI DI KAWASAN HULU LANGAT: 19 NOVEMBER 2005 MTD DUSUN TUA (SABTU)
USTAZ NASHARUDIN TANTAWI, AJK DPPP / KETUA DPP PAHANG sedang menyampaikan ucapan / ceramah pada majlis tersebut.. JK Cawangan, ahli dan penyokong PAS yang hadir pada majlis sambutan raya peringkat DUN Dusun Tua yang telah diadakan di Markaz MTD Dusun Tua, Taman Dusun Nanding. Sambutan hangat yang diberikan menampakkan bahawa PAS tetap mendapat sokongan dan dokongan masyarakat setempat. 
Tiga sifat yang akan menjadikan seseorang ahli itu tidak berguna kepada parti - pemalas, kedekut dan pencecut. Menurut Ustaz Nasharudin Tantawi jika tiga sifat atau tabiat ini menjadi amalan seseorang ahli PAS maka parti di tempat itu akan menjadi lemah dan mudahlah pihak musuh memperkotak-katikkan parti nanti. Beliau menyeru semua ahli PAS yang hadir pada sambutan hari raya peringkat MTD Dusun Tua pada 19.11.2005 lalu membuang jauh-jauh sifat-sifat lemah tersebut  agar parti tetap mendapat sokongan dan dokongan kuat setiap anggota masyarakat kerana PRK Pengkalan Pasir, Kelantan akan berlangsung pada 6.12.2005 nanti dan Pilihanraya Umum ke-12 sama ada pada tahun 2007 atau 20008.