LAMAN WEB MUSLIMAT CAWANGAN BANDAR KAJANG
(MULA DIBINA PADA 16 JAMADIL AKHIR 1423/ 25 OGOS 2002)
HARI KELUARGA

Pada 25 Jun 2006 PAS Cawangan Bandar Kajang telah mengadakan sambutan Hari Keluarga bertempat di rumah Tuan Hj Idris, bapa mertua Tn Hj Zainal Abidin Mohd Nor dan bapa Pn Hjh Rahmah di Sungai Kantan. Acara bermula seawal pagi jam 9.00 pagi dan tamat jam 12.30 tengah hari pada hari yang sama. Acara-acara dibahagikan mengikut berbagai kategori berupa sukan permainan seperti ping pong, melontar dat dan mencari benda yang disenaraikan. Tujuan diadakan Hari Keluarga ini adalah untuk menghimpunkan ahli-ahli dan anggota keluarga mereka. Dengan itu dapatlah berkenal-kenalan dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain di samping itu ukhuwah sesama keluarga ahli dapat dirapatkan lagi.

Bergambar ramai bersama anak-anak sebagai tanda kenangan. Tn Hj Zainal Johan lelaki dewasa menerima hadiah daripada Tn Hj Abdul Ghani Salleh, AJK Cawangan Bandar Kajang. Johan belia(anak lelaki Sdr Ahmat Sulaiman) menerima hadiah berupa hamper daripada Tn Hj Abdul Ghani.
Ustazah Norsanggadah menerima hamper daripada Ketua Lajnah Kebajikan, Pn Jasmah bt Jalil. Pn Hjh Hamidah yang menjadi juara pertandingan mencari benda yang disenaraikan menerima hadiahnya. Pertandingan Ping Pong bagi kategori belia berlangsung dengan sengit.

 

Back