MUSLIMAT CAWANGAN BANDAR KAJANG
PAS NEGERI PULAU PINANG DAN NEGERI PERLIS

NAIB PRESIDEN PAS - TN HJ MOHAMAD SABU

Tuan Haji Mohamad Sabu adalah juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Beliau dibantu oleh ahli-ahli badan perhubungan PAS negeri yang terdiri daripada Ustaz Soid Mohd Amin, Timbalan Pesuruhjaya I, Dr Hj Mazlan Ismail, Timbalan Pesuruhjaya 2 dan Ustaz Takiyudin Hamzah, Timbalan Pesuruhjaya 3.

Zulkifli Mohd Akhir mengekalkan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan. Bendahari disandang oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Haji Ishak Ismail dan Ketua Penerangan diterajui oleh Omar Hasan.

Enam orang jawatankuasa tambahan yang turut dilantik ialah Ustaz Mujahid Yusuf Rawa, Ustaz Khalid Man, Ustaz Sofian Ismail, Haji Abdul Rahman Salleh, YB Hamdan Abdul Rahman dan Bahrul Azman Haji Omar.

   
PAS NEGERI PERLIS

YB USTAZ HJ HASHIM BIN JASSIN

Ustaz Ahmad adalah Ketua Dewan Ulama dan juga Yang Dipertua Kawasan Arau manakala Abdul Karim adalah Yang Dipertua Kawasan Padang Besar. Mereka adalah penyandang jawatan tersebut.

Sementara itu, Hairy, 36, adalah bekas Ketua Penerangan dan kini menyandang jawatan Yang Dipertua Kawasan Kangar.

Hisharuddin Hassan dan Mohd Shukri Ramli masing-masing mengekalkan jawatan sebagai Setiausaha dan Bendahari.

Muka baru mengisi jawatan Ketua Penerangan ialah Ustaz Yaakub Abu Seman. Beliau adalah Ketua Pemuda Kangar dan Setiausaha Dewan Ulama.

Ketua Dewan Pemuda disandang oleh oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil manakala Ketua Dewan Muslimat dipegang oleh Ustazah Sarah Rejab.

Semua setiausaha kawasan dan Dewan turut menganggotai Kabinet kali ini iaitu Yahya Ahmad (Padang Besar), Yusaini Yahya (Kangar), Ramli Ahmad (Arau), Fakhrul Anwar (Pemuda) dan Siti Mariam Othman (Muslimat).

Antara tenaga muda lain yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) ialah Ustaz Zolkharnain Abidin yang merupakan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Azmal Zaid, Zulmi Sabri, Wan Zaini Saad, Khamis Yub dan Md Razi Mustaffa.

Turut dilantik sebagai AJK ialah Tajuddin Salleh, Wan Hassan Ismail, Zulkifli Arof, Adnan Din, Bakar Ali, Abdul Zakaria dan Md Ali Puteh.

Tiga tenaga muslimat turut dilantik kali ini iaitu Haton Othman, Latifah Mat dan Amnah Abdul Rahman.

 

   

RETURN TO INDEX