LAMAN WEB MUSLIMAT CAWANGAN BANDAR KAJANG

(MULA DIBINA PADA 16 JAMADIL AKHIR 1423/ 25 OGOS 2002)
RAYA SAKAN BERSAMA PIMPINAN DAN RAKYAT

YAB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengalu-alukan orang  ramai yang hadir di Perjumpaan Raya PAS Pusat di Markaz Tarbiyah Taman Melewar. Di sebelah kanan beliau, YB Senator Ustaz Hj Hassan Shukri, Timbalan Presiden PAS, Sdr Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat, dan YB Husam Musa, AJK PAS Pusat pada 14 Disember 2003.

Sdr Hj Yusof, bekas calon PAS Melaka bersama hadirin yang lain pada Perjumpaan Raya Peringkat Hulu Langat di rumah Hj Omar, Pekan Beranang pada 7 Disember 2003.

Para muslimat/ kaum wanita yang hadir pada Perjumpaan Raya Peringkat Kawasan Hulu Langat di Pekan Beranang.

YB Hj Mahfuz Hj Omar, AJK PAS Pusat/AP Pokok Sena menjadi tetamu kehormat sedang menyampaikan ucapan pada Perjumpaan Raya Kawasan Hulu Langat.

YB Hj Mahfuz Hj Omar disambut oleh Hj Abdullah Acheh, YDP PAS KHL serta hadirin yang hadir. Hj Abdullah Acheh, YDP PAS Kawasan Hulu Langat sedang menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Perjumpaan Raya Peringkat PAS Kawasan Hulu Langat di Pekan Beranang.

Ustazah  Norsanggadah Hj Tukol, Ketua JK Muslimat B. Kajang bersama-sama dengan JK beliau menyiapkan hidangan hari raya. Ini pula Perjumpaan Raya yang dianjurkan oleh Sinar Fajar Enterprise, salah sebuah perniagaan ahli jemaah PAS Kajang pada 6 Disember 2003 di Taman Mesra. Para muslimat/kaum wanita yang hadir pada Perjumpaan Raya Sinar Fajar Enterprise.

Tn Hj Razali Hassan, NYDP bersama dengan Sdr Mohamad Jan Sulong, Ketua Penerangan PAS Kawasan Hulu Langat turut hadir pada Perjumpaan Raya di Taman Lavender pada 21.12.2003 lalu. 'Orang lama' PAS Kawasan Hulu Langat: Dari kiri - Tn Hj Anas Sulaiman (meninggal pada 28.12.2003) bekas NYDP, Dr Shahbudin Ngah (bekas SU), Tn Hj A.Kadir Ismail (bekas YDP), dan A.Rashid (berdiri di sebelah belakang) bekas SU PAS Cawangan Lubok Kelubi. Kaum India yang turut hadir pada Perjumpaan Raya di Taman Lavender yang dianjurkan oleh MTD Dusun Tua.

BACK