Make your own free website on Tripod.com

LAMAN WEB MUSLIMAT CAWANGAN BANDAR KAJANG
BERSAMA SELANGOR BARU

YANG BERBAHAGIA DATO' DR HJ HASSAN BIN ALI

PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Tiga orang Timbalan Pesuruhjaya yang dilantik adalah Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsuddin yang juga AJK PAS Pusat, Dr Shafie Abu Bakar bekas ADUN Kajang dan pengamal perubatan Dr Hj Abdul Rani Osman yang juga YDP Kapar.

Manakala bekas Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Polis Selangor yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Hisbah Negeri Terengganu Tuan Hj. Ahmad Yusof Ludin telah dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Negeri yang baru. Tuan Hj. Mohd Yusof adalah juga YDP Kawasan Petaling Jaya Utara.

YDP Kelana Jaya Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir pula dilantik sebagai Ketua Penerangan Negeri dan YDP Selayang Hj. Abd. Majid Hassan sebagai Bendahari.

Menurut Dato' Dr Hj Hassan, kombinasi ampuh kepimpinan dari pelbagai latarbelakang akademik dan pengalaman ini dijangka bakal meluncurkan PAS Selangor ke mercu yang lebih meyakinkan.

Dan bagi melengkapkan lagi kombinasi ini beliau turut mengumumkan perlantikan 7 orang AJK tambahan. Mereka adalah Dr Zulkefli Ahmad yang juga AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Halimah Mohd Ali, Hj Shaari Sungip Ketua Penerangan Kawasan Gombak, peguam Tuan Hj. Mohamad Arif Md Yusof yang juga NYDP Kawasan Subang, Brigadier Jeneral (B) Abd Ghani Mahludin dan bekas pensyarah UTM Dr Osman Sabran.

     

BACK