Make your own free website on Tripod.com

MUSLIMAT CAWANGAN BANDAR KAJANG

 

DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN - PESURUHJAYA PAS PAHANG

 

Yang Berbahagia Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Pesuruhjaya Negeri Pahang Darul Makmur.

Bekas Setiausaha Badan Perbubungan negeri, Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya bersama-sama Yang Dipetua PAS Kawasan Jerantut, Abdul Malik Yusuf dan Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Yusuf Embong.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh, Abdul Majid Hassan dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Negeri yang baru; Naib Yang diPertua PAS Kawasan Kuala Krau, Musanif Abdul Rahman dilantik sebagai Bendahari manakala Yang diPertua PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Latif sebagai Ketua Penerangan.

PAS Pahang juga menubuhkan sebuah Majlis Penasihat yang dianggotai bekas Pesuruhjaya Tuan Guru Haji Mohd Baki Othman, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman dan Tengku Puji Abdul Hamid.

Temerloh, 3 Jun 2005 - Dalam lawatan kerja sehari ke Pahang Nasruddin juga menghadiri jamuan rakyat di perkarangan Surau Khairiyah anjuran PAS Temerloh dan berceramah di Madrasah Saadatul Daraini.

Beliau juga menyaksikan Majlis Penyerahan tugas (Gambar sebelah) Pesuruhjaya PAS Pahang ke -11, Haji Mohad Baqi Othman kepada Pesuruhjaya PAS Pahang ke-12, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dengan disaksikan oleh anggota Dewan Harian PAS Kawasan-kawasan.

     

 

RETURN TO INDEX