|
|
|
LAMAN WEB MUSLIMAT CAWANGAN BANDAR KAJANG | ||
(MULA DIBINA PADA 16 JAMADIL AKHIR 1423/ 25 OGOS 2002) |
BIODATA DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI BIN HJ AWANG |
YB DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI BIN HJ AWANG
PRESIDEN PAS
BIODATA
Lahir pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 di kampung
Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah
seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.
POLITIK
Mula aktif sejak tahun 1964
iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS
kampung Rusila, Marang. 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air
dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat.
Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya
disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi
Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden
PAS.
Pilihanraya ke-10 pada tahun 1999 telah menyaksikan kemenangan PAS dan Barisan Alternatif (BA) di Terengganu dan dapat mengekalkan kuasa di Kelantan. Tuan Guru telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
Apabila Ustaz Fadzil Mohd Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di HUKM maka beliau telah memangku jawatan Presiden hingga ke Muktamar PAS ke-49 tahun 2003 di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Pada muktamar tersebut Tuan Guru telah disahkan sebagai Presiden PAS.
Dalam pilihanraya ke-11 PAS dan BA telah kalah di Terengganu. Tuan Guru hanya dapat mempertahankan DUN bagi kawasan Rhu Rendang sahaja.
Pada Muktamar
PAS kali ke-51 di PUTIK, Kelantan pada 5 Jun 2005, Tuan Guru telah disahkan
sebagai Presiden PAS bagi Penggal II - Sesi 2005/2007.
PILIHANRAYA
Mula menyertai pilihan raya
sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di
tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan
sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN
Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun
1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di
tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan
Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen
Marang.
ANTARABANGSA
Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar
Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan
Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif
bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al
Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha
Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai
pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat
antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.
Antaranya :-
1.
Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam
Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
2.
Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan
Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
3.
Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran,
Iran.
4.
Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang
dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui
Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika
Syarikat.
5.
Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam
melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
6.
Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui
raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat
sebelum Perang Teluk.
7.
Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi
pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan
mujahidin Afghanistan
![]() |
![]() |
![]() |