|
|
|
MUSLIMAT PAS CAWANGAN BANDAR KAJANG |
GALERI GAMBAR | |
Kajang, 16 Safar 1426 / 27 Mac 2005 - Bertempat di PASTI Taman Kajang Mewah telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Bandar Kajang bagi kali ke-19. Perasmian telah dilakukan oleh Sdr Ahmat Sulaiman selaku Setiausaha PAS PAS Kawasan Hulu Langat. | |
Sdr Ahmat bin Sulaiman mewakili PAS Kawasan Hulu Langat sedang berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Bandar Kajang | Tn Hj Zainal Abidin bin Mohd Nor selaku Ketua PAS Cawangan Bandar Kajang yang baru terpilih bagi Sesi 2005/2007 |
Ahli-ahli PAS Cawangan yang hadir |
Sdr Ahmat menjawab soalan-soalan yang menjadi kemusykilan di kalangan ahli bandar Kajang |
MAJLIS PERASMIAN AL IKHWAN CHICKEN RICE HOUSE |
|
Bandar Baru Bangi, 16 Safar / 27 Mac 2005 - Yang Berbahagia Dato' Ismail bin Kamus, bekas ADUN Gombak Setia, telah dijemput merasmikan pembukaan 'Al Ikhwan Chicken Rice House' di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Perasmian restoran kepunyaan Sdr Yamin bin Chombok salah seorang ahli PAS itu telah didahului dengan solat zohor dan diikuti dengan solat hajat serta majlis tahlil dan doa' selamat. | |
Dato' Ismail Kamus disambut oleh anak Sdr Yamin setibanya beliau di perkarangan restoran tersebut | Dato' Ismail Kamus mengambil makanan - nasi ayam 5 rasa |
Ketibaan Dato' Ismail Kamus disambut oleh Sdr Yamin, di tengah-tengah | Para jemputan yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli PAS dan sahabat handai Sdr Yamin menjamu selera |
Kain pemidang Al Ikhwan Chicken Rice House mengiklankan pembukaan restoran Yamin pada 1 April 2005 |
Dato' Ismail Kamus bersama sahabat dan ahli PAS menikmati jamuan yang disediakan di restoran tersebut semoga laris dan dapat membantu jemaah |